Saturday, April 15, 2017

Jika gagal yakinkan, pembangkang akan kelirukan rakyat

Oleh NUR ASLINDA NASIR
Foto RABBANI JAMIAN

14 APRIL: Pembangkang akan mengelirukan rakyat jika mereka gagal meyakinkan rakyat untuk menyokong perjuangannya.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perkara itu didedahkan sendiri kepadanya oleh seorang pemimpin yang pernah berada di barisan kerajaan tetapi kini berada di barisan hadapan pembangkang.
“Saya dah dengar sendiri dari seorang pembangkang waktu tu dalam BN. ‘If you cannot convince them..confuse them, jadi itulah pendekatan yang mereka gunakan dalam pembangkang.

“Walaupun bukan cerita benar tapi apa yang ditimbulkan sekurang-kurangnya mereka terkeliru pada apa yang pembangkang lontarkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Aktivis Media Sosial 2017 di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Pengerusi MYKMU, Johari Ishak.
Memberi contoh kepada situasi tersebut, Najib menjelaskan beberapa isu seperti dakwaan ‘black out’ yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, mengimport 40 ribu bangla menjadi pengundi dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kononnya kerajaan telah rugi sebanyak RM42 billion.

“Tapi pelik ramai yang percaya dengan cerita yang tersebar luas, sebab kita tak tahu apa lagi isu yang mereka akan lontarkan bila waktu terakhir dekat PRU nanti yang akan menyebabkan orang benci kepada kita.

“Kalau mereka serang saya, saya minta kita semua serang mereka dengan lebih hebat. Saya tak kisah dengan apa yang mereka nak kata, Tun mahathir kah, Lim Kit Siang kah, Rafizi kah, kalau saya percaya perkara itu baik untuk rakyat, saya akan teruskan.

“Lawan tetap lawan,” katanya sambil mendapat sorakan dari aktivis yang hadir.

Perdana Menteri turut meminta semua aktivis yang hadir sentiasa berada dalam mod serang dan tidak lagi hanya bertahan dan diam menghadapi tuduhan pembangkang.

“Saya yakin dan percaya aktivis media sosial pro BN mampu memainkan peranan pertahankan kerajaan BN kerana kita semua percaya bahawa tidak ada pilihan yang lebih baik dari BN.

“Keadaaan sudah berubah, sekarang tidak lagi dalam bentuk ‘face to face’ tapi dalam alam maya dan Facebook, jadi siapa yang menang dalam battlefield ini, dia akan menang dalam peperangan baru ini,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-