Saturday, April 22, 2017

Kenaikan harga minyak: Kerajaan hilang punca

Oleh Wartawan BO
KEMAMAN – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘hilang punca’ dan gagal menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat setiap hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata kenaikan harga minyak yang berterusan menyebabkan peningkatan harga barangang keperluan harian ‘yang melampau’.

“ikan Kembong sekarang berharga RM18 sekilo, ikan Merah Pucat RM36 sekilo dan Tenggiri RM36 sekilo…… kenaikan harga minyak petrol adalah penyumbang besar kenaikan harga barang,

“kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) seolah-olah hilang punca dalam menyelesaikan kenaikan harga minyak…….menyelesaikan masalah rakyat,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui, selepas membuat tinjauan di Pasar Tani Chukai, dekat sini semalam, pada Jumaat 21 April.

Oleh itu kata beliau, rata-rata orangramai yang ditemui samada pengunjung pasar tersebut, penjaja atau penjual sudah tidak sabar menunggu tarikh pilihan raya.

“mereka sepakat mahu tukar kerajaan yang telah menyusahkan hidup rakyat dengan melaksanakan GST, tanpa mengira miskin atau kaya,

“yang telah menyebabkan kos kehidupan sangat melampau dengan kenaikan harga barang-barang saban hari,” jelasnya.

Menurutnya, ia ditambah lagi dengan kadar pengangguran yang meningkat di daerah itu akibat daripada ekonomi yang lembab dan tidak menentu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-