Saturday, April 1, 2017

Mampukah Mahathir menerima kekalahan pada penghujung usia?

KEANGKUHAN dan sifat bongkak bekas Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi rahsia. Tempoh 22 tahun memerintah menyebabkan beliau terlalu lama mendongak ke langit tanpa melihat ke bumi walaupun belum dapat menyaingi rekod 51 tahun Lim Kit Siang menerajui DAP.

Isu debat di antara Mahathir dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz masih panas. Kini debat tersebut sah akan berlangsung pada 7 April ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub . Surat dari OCPD Shah Alam ( ACP Shafien Mamat) baru sahaja diterima.

Persoalannya, adakah Mahathir akan redha sekiranya beliau ditakdirkan kalah dalam perdebatan bersama Nazri? Mungkinkah debat tersebut mampu dijalankan dalam keadaan aman tanpa provokasi dari mana-mana pihak?

Lebih panas lagi, adakah DAP akan menerima Mahathir sekiranya beliau kalah ditangan Nazri Aziz? Walau apa pun keputusan nya kelak, secara relatif, perkara tersebut tidak akan memberi kesan yang besar terhadap Nazri. Berlainan pula kesan terhadap Mahathir. Mampukah beliau menerima kekalahan tersebut pada penghujung usia belia?

Penganjur sebelum ini memaklumkan kepada polis pada 27 Mac lalu bahawa majlis itu akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad Ke-5, Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Polis mengenakan beberapa syarat dan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam.Antaranya, penganjur diminta peserta himpunan tidak bertindak atau mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai atau mengganggu ketenteraman awam. Karangkraf juga diberitahu untuk memastikan acara itu tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Majlis berkenaan hanya akan dihadiri penonton yang menerima kad jemputan sahaja. Hanya 300 penonton sahaja akan hadir di mana 100 jemputan daripada pihak Mahathir, 100 daripada pihak Nazri dan 100 lagi daripada penganjur. Namun sesi itu boleh disaksikan secara langsung menerusi Sinar TV serta rangkaian Sinar Harian yang lain seperti portal dan juga laman sosial di Twitter dan Facebook. Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali akan bertindak sebagai moderator.

Menurut penganalisis politik, debat antara Mahathir dan Nazri lebih kepada “Debat Putar Alam”. Apa yang hendak disebut dalam debat sudah dilontarkan sejak setahun lalu. Debat ini hanya untuk melampiaskan nafsu politikus. Misalnya Tun akan kata 1MDB hilang RM 42 Bilion. Nazri Aziz akan tanya macam mana boleh hilang sedangkan aset 1MDB jelas ada dari perbelanjaan tersebut. Nazri akan cakap zaman Tun pun Perwaja, MAS, Bank Negara rugi berpuluh bilion. Tun akan jawab zaman :aku rugi pun tahu duit hilang ke mana.” Tun akan cakap anak tiri Najib tiba-tiba kaya raya. Nazri akan cakap dia meniaga luar negara tidak ambil projek negara. Tidak macam anak Tun sampai Petronas kena “bail out”. Tun jawab pula, anak saya kaya bukan kerana saya tolong, depa usaha sendiri. Takkan anak Perdana Menteri mesti jadi pemandu teksi saja. Akhirnya penyokong UMNO akan kata Nazri menang. Penyokong Tun akan kata Tun menang.

Pandang penganalisis politik tersebut memang menarik dan logik namun semua pihak perlu bersabar dan menonton debat tersebut sehingga habis sebelum membuat sebarang kesimpulan agar ianya lebih adil pada kedua-dua pihak. Nampaknya tarikh 7 April ini bakal menjadi tarikh yang dinanti-nantikan oleh ramai pihak. Kita lihat kesudahan nasib Mahathir. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-