Sunday, April 23, 2017

Raja Bomoh dibebaskan dengan jaminan polis

 Send by Email
Kuala Lumpur – Ibrahim Mat Zin, yang juga dikenali sebagai Raja Bomoh telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau sebelum ini ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat dan dibawa ke Bukit Aman di sini untuk disoal siasat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyebut perkataan-perkataan dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama seseorang.

“Kami mengambil kenyataannya dan setakat ini dia telah bekerjasama dalam siasatan.

“Kami telah melepaskannya dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi The Star pada Sabtu.

Sebuah portal berita pada Jumaat melaporkan bahawa bomoh kontroversi itu telah ditangkap.

Ibrahim sebelum ini telah dipanggil oleh polis dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas melakukan upacara ‘memagar’ negara ini daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap Ibrahim mengikut Seksyen 111 Kanun Keseksaan.

 – mStar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-