Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, April 22, 2017

Siri jelajah PRU 14 PH bermula, Kemaman pertama

Pakatan Harapan (PH) mula melancarkan sayapnya ke kawasan-kawasan di seluruh negara dan Kemaman menjadi parlimen pertama dilancarkan malam tadi selepas empat parti bergabung di dalamnya.

Pelancarannya disempurnakan oleh naib presiden PKR, Rafizi Ramli dengan disertai oleh semua pemimpin PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Lebih 300 yang sebahagian besarnya pengundi muda menyertai majlis itu bersama pemimpin PH termasuk Datuk Hamidah Othman (Naib Presiden Bersatu) Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (Pengerusi Amanah Terengganu) Azan Ismail (Pengerusi Keadilan Terengganu) Sdr Eng Chai Heng (Pengerusi DAP Terengganu).

Turut serta Datuk Seri Wan Marzuki Wam Sembok (Ketua Bahagian Bersatu Kemaman) Muzahar Hitam (Pengerusi Amanah Kemaman) Mastura Othman (Ketua Bahagian Bersatu Dungun) Datuk Zulkifli (Ketua Bahagian Bersatu Kuala Terengganu) Aminuddin Harun (Pengerusi Keadilan N.Sembilan) Abdullah Sani Abd Hamid (Ahli Parlimen Kuala Langat) Datin Faizah Ariffin (Exco Wanita Keadilan Pusat) dan Roslan Ismail (Bekas Adun PAS Bukit Besi).

Dalam ucapannya, Rafizi berkata, Kemaman sekali lagi mencipta sejarah dan bakal menang pada pilihan raya umum ke 14 nanti.

Mereka sepakat untuk menumbangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional walaupun berlaku pertandingan 3 penjuru, katanya.

“Kesepakat ini menunjukkan iltizam kuat pembangkang dan benar-benar serius untuk memastikan Malaysia bebas dari Najib dan Rosmah,” kata Rafizi.

Beliau yakin dengan sokongan rakyat terutamanya anak muda, BN dan sekutunya tidak mampu untuk bertahan lagi kerana rakyat sudah tidak mampu menahan sabar dengan kos sara hidup dan sikap boros para perompak wang negara.

“Rakyat juga sudah muak dan jelek dengan sikap pemerintah yang mempergunakan wang rakyat dengan cara merompak wang mereka mengunakan syarikat antarabangsa yang didaftarkan mengunakan bank pesisir pantai,” katanya lagi.

Yb Rafizi juga menyatakan kini masa kita berkerja dan menyelesaikan perbezaan pendapat dalam pakatan dalam memastikan jentera pilihanraya PH benar-benar mantap serta tersusun bagi menghadapi regim zalim dan korup dengan dokongan pemakan dedak pada pru nanti. 

MD