Monday, May 1, 2017

Himpunan 1 Mei hambar



Perhimpunan sempena Hari Pekerja di Kuala Lumpur pada hari ini kelihatan hambar dengan hanya kira-kira 200 orang mengambil bahagian dalam acara yang diadakan pada setiap tahun itu.

Jumlah kehadiran pada kali ini adalah jauh lebih kecil berbanding angaran 1,500 orang pada tahun lalu dan 20,000 orang pada tahun sebelumnya.

Perhimpunan 1 Mei terbesar pernah diadakan pada tahun 2014 selepas kerajaan meluluskan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila kira-kira 50,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Tema utama pada perhimpunan anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) kali adalah penubuhan Dana Pemberhentian Pekerja.

Penyokong perhimpunan, sebahagian besarnya berpakaian merah, mula berkumpul di hadapan stesen kereta api Kuala Lumpur pada kira-kira jam 10 pagi.

Mereka mengangkat sepanduk, antara lain berbunyi "Kerja Hilang, Pekerja Merana" yang merupakan tema perhimpunan pada tahun ini.

Selain itu, peserta juga melaungkan " hidup pekerja", "hapuskan kapitalisme" dan "kami mahu hak" dengan menyatakan kesusahan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-