Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Tuesday, May 23, 2017

Isu EXCO : Azmin tidak berani pecat kerana berhutang jawatan MB dengan PAS - Bekas setiausaha PKR

Posted by Fatty
23 May 2017
Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nadzmi Rosli melihat isu berhubung kedudukan tiga Exco Pas di negeri berkenaan menunjukkan ketidaksepakatan di dalam pakatan harapan kerana di Pulau Pinang, Pas ditunjukkan jalan keluar daripada pimpinan kerajaan negeri sejurus parti berkenaan memutuskan tahalluf siyasi dengan Dap.

Namun di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali yang menerajui kerajaan Selangor hari ini, kemelut berkenaan masih berterusan walaupun Pas mengambil keputusan memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR dan ini sebenarnya menggambarkan Azmin tidak berani untuk menamatkan isu tersebut seperti mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Bagi saya dalam isu ini Pas bijak dalam menangani perkara berkenaan setelah meletakkan keputusan di tangan Azmin selaku ketua kerajaan negeri. Mungkin Pas ingin melihat sejauh mana semangat setiakawan yang akan dituntujukkan oleh Azmin setelah berada di kerusi menteri besar.

“Dan bagi Azmin pula, sudah pasti beliau ingin berpaut kepada kekuatan jentera Pas kerana berdasarkan bacaan politik beliau, Timbalan Presiden PKR itu melihat rakan-rakan sekutunya seperti Dap dan juga parti Amanah Negara (PAN) tidaklah kuat mana. Sebagai contoh parti PAN hanya ada pemimpin dan bukannya jentera seperti mana Pas.

“Sebab itulah kita melihat Azmin tidak memberi tekanan secara serius kepada ketiga-tiga Exco Pas berkenaan dan sebaliknya apa yang keluar hanyalah desakan daripada sayap-sayap parti berkenaan agar Pas mengambil pendekatan meletakkan jawatan. Sekadar itu sahaja”, katanya kepada UMNO-Online,” di sini, hari ini.

Teka-teki berhubung kedudukan Exco Pas di dalam kerajaan Selangor terus menjadi bualan kepada masyarakat umum setelah parti terbabit di dalam muktamarnya sebelum ini mengambil keputusan memutuskan tahalluf siyasi dengan parti berkenaan. Biro Politik PKR sebelum ini ini memutuskan supaya semua lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

Sebelum ini juga dilaporkan tiga exco Pas akan kekal dalam kerajaan negeri Selangor sehingga Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali membuat keputusan dan mendapatkan perkenan Sultan Selangor, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dan semalam seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) mencabar exco Pas dan semua lantikan politik di Selangor untuk meletakkan jawatan sekiranya mereka ‘anak jantan’.

Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Mohd Nadzmi seterusnya menegaskan apa yang berlaku di Selangor hari ini memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dan juga kepada rakyat untuk melakukan perubahan setelah parti yang diberi kepercayaan sebelum ini untuk menerajui kerajaan negeri penuh dengan caca merba.

“Sebenarnya ini adalah peluang terbaik kepada BN dengan bekerja kuat dan seterusnya meyakinkan rakyat bahawa apa yang berlaku hari ini adalah pilihan mereka sendiri sebelum ini dan untuk pilihan raya umum akan datang apakah rakyat Selangor sedia memberi peluang lagi sekali kepada kerajaan yang kucar-kacir hari ini.

“Apa lagi pilihan yang rakyat Selangor ada….takkanlah masih mahu mengekalkan kerajaan yang ada hari ini dengan ketidaksepakatan antara satu dengan yang lain. Itulah Selangor,” katanya.

-MediaUMNO
Komen Facebook