Friday, May 19, 2017

Kerana jawatan Exco, Pas akhirnya nak bertemu Azmin

 MALAYSIA DATELINE
Mohamed Azmin Ali
Setelah memutuskan untuk kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan menyerahkan kedudukan tiga Exconya kepada istana dan menteri besar, Pas mengumumkan hasrat untuk bertemu Menteri Besar Selangor bagi membincang pelbagai isu yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor dalam masa terdekat.

Keputusan itu, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dicapai pada mesyuarat jawatankuasa parti itu hari ini.

"Pas akan diwakili oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas.

Bagaimanapun tarikh dan waktu pertemuan akan diputuskan kemudian.

Dalam sidang media tengahari tadi, Pas menetapkan pendirian untuk mengekalkan tiga Exco di Selangor sehingga Menteri Besar membuat cadangan dan diperkenan Sultan Selangor.

Tuan Ibrahim berkata, pengekalan tiga exco Pas di negeri itu sejajar dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri Selangor.

"Mereka dilantik oleh ke bawah Duli Sultan Selangor dan kita akan tunggu perkembangan berikutnya.

"Kita rasa dengan mengekalkan tiga exco, pentadbiran negeri boleh berjalan lancar kita tidak mahu mengganggu sehingga keputusan baru dibuat," ujarnya.

Tiga Exco Pas yang menganggotai majlis mesyuarat kerajaan negeri ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

PKR hingga kini tidak membuat sebarang keputusan berhubung tiga Exco Pas itu kerana masih menunggu Azmin pulang dari luar negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-