Saturday, May 20, 2017

PPBM Perak tuntut Muhyiddin letak jawatan

Muhyiddin Yassin
20 MEI: Krisis perpecahan PPBM semakin memuncak apabila kepimpinan kanan parti di Perak menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Presiden.

Ketua Pendaftar PPBM negeri, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak selepas mendakwa Muhyiddin bertanggungjawab di atas kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat nasional dan Perak.

Menurut beliau, Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad, pimpinan dan akar umbi parti itu.

“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.

“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya, Sabtu.

Muhyiddin dilantik menjadi Presiden parti sejak PPBM ditubuhkan secara rasmi pada 7 September 2016.

Ahli Parlimen Pagoh itu dikatakan pernah berselisih pendapat dengan Tun Mahathir, bagaimanapun di nafikan bekas Perdana Menteri itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-