Tuesday, May 30, 2017

Sultan Selangor murka Sivarasa ceramah dalam masjid

30 MEI: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, dikatakan memasuki ruang solat serta memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Shah Alam pada minggu lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim menjelaskan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani.
“Saya diberitahu, Sultan Selangor murka dengan tindakan wakil rakyat PKR itu.

“Seperti mana ucapan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa pada Majlis Berbuka puasa Sultan Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam, semua pengurusan masjid perlu akur tidak membenarkan penceramah tiada bertauliah memberi ceramah.

“Pengurusan masjid terbabit juga sudah dipanggil Jumaat lalu untuk memberi keterangan mengenai insiden itu dan kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Istana Selangor,” lapor BH Online, Selasa.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.
Rabu lalu, Sivarasa dikatakan memasuki Masjid An-Nur Kg Melayu Subang dan didakwa memberikan ceramah ketika berada dalam kawasan solat.

Susulan itu, beberapa gambar kehadiran wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut tersebar di media sosial sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati beberapa pihak.

Terdahulu, empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada JAIS hari ini, berhubung tindakan Sivarasa itu.

Setiausaha Agong Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Datuk Khairul Khuzaini Zamsani berkata, pihaknya bersama NGO dari Permuafakatan Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (PERMAS), Wakil Penduduk Kota Damansara dan Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS) menyerahkan memorondum berkenaan kepada wakil JAIS untuk tindakan lanjut.

Antara kandungan memorandum itu termasuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang disifatkan memperlekehkan agama Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-