Friday, June 2, 2017

Ahmad Zahid solat tarawih bersama 1.000 jemaah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kanan) bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga, kanan) mengaminkan doa selepas menunaikan solat fardu Isyak dan solat Tarawih, yang dibaca oleh imam, Mohd Hafizal Harun di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Kuala Kedah malam ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA

ALOR SETAR 2 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat tarawih berjemaah di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Kuala Kedah, di sini malam tadi.

Ketibaan beliau pada kira-kira pukul 8.45 malam disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdullah Hasnan, ahli jawatankuasa masjid dan jemaah.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

Terdahulu, Dr. Ahmad Zahid menunaikan solat isyak bersama kira-kira lebih 1,000 jemaah sebelum menunaikan solat tarawih yang diimamkan oleh imam masjid itu, Mohd. Hafizal Harun.

Selepas selesai solat tarawih, beliau menikmati hidangan moreh serta beramah mesra dengan jemaah.

Sebelum itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri hadir pada program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Masjid Rafeah, Taman Uda di Alor Setar dan menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima terdiri asnaf dan anak yatim.

Beliau turut berbuka puasa bersama 1,200 tetamu sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid itu.

Ahmad Zahid pada sebelah petang turut mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

 - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-