Sunday, June 18, 2017

DOJ: Tindakan Mahathir jenayah berat - Shahar

By watan
Pergerakan Pemuda UMNO Pahang menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu pengkhianatan jika benar bekas Perdana Menteri itu membayar pihak asing bagi mencalar imej kerajaan

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah, berkata dakwaan bahawa Mahathir membayar AS 5 juta kepada Yayasan Clinton semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya adalah satu jenayah berat.

“Iaitu supaya DoJ membuat pengumuman berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.

“Mungkin jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, AS 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut.

“Adakah dengan duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat ‘bersih’ ataupun duit parti baharu beliau.

“Adakah ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya memberikan AS 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka?

Jika benar semua tindakan Mahathir kini adalah untuk membela nasib rakyat, mengapa tidak menggunakan AS 5 juta, jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat yang miskin dan memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Shahar berkata, jika perbuatan Mahathir itu tidak dipersoalkan, beliau tidak tahu dimana lagi rasional pemikiran penyokong PPBM dan pembangkang dalam menegakkan kebenaran.

“Kini saya dan rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk pimpinan, kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu perjuangan untuk rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya,” katanya.

Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-