Friday, June 9, 2017

Kerajaan bakal bentang akta khas jenayah siber

WARTAWAN SINAR HARIAN
9 JUN 2017
Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja dan meninjau perlaksanaan M-Bike di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU - Kerajaan akan membentangkan akta khusus dalam menangani ancaman keselamatan jenayah siber pada sidang parlimen akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, draf akta tersebut sudah diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk penelitian semalam.

"Kita serius dalam soal keselamatan siber kerana ia juga termasuk di dalam kuasa pihak agensi penguatkuasaan antaranya bagi memantau sebarang usaha merekrut pengganas atau dana digunakan sumber dalam atau luar bagi keganasan.

"Yang penting bagi kita bukan soal pembentangan tetapi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang," katanya selepas mengadakan lawatan kerja dan meninjau perlaksanaan M-Bike di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, dengan akta berkenaan kepentingan rakyat sewaktu menggunakan internet akan lebih terpelihara dan segala transaksi maklumat dalam talian tidak akan tergugat.

Justeru itu, katanya dengan adanya Agensi Keselamatan Siber Negara (NCSA) menjadi agensi tunggal dalam mengkoordinasikan semua agensi yang menguruskan ancaman keselamatan siber, pemantauan dapat dilakukan setiap masa dan setiap aduan akan diambil tindakan perundangan.

"Kita melihat aspek keselamatan dan perlakuan jenayah sebagai keutamaan kepada kewujudan agensi berpusat ini," tambah Ahmad Zahid.

ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Azalina minta undang-undang siber diteliti semula
SHAH ALAM - Sudah tiba masanya bagi kerajaan meneliti dan menambah baik undang-undang berkaitan siber, menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-