Thursday, June 8, 2017

PAS jawab teguran Syed Azmi, sindir acara 'sentuh anjing'

Faiz Zainudin
June 8, 2017

Usaha membanteras masalah sosial berdasarkan kemampuan masing-masing, kata Pemuda PAS.
PETALING JAYA: Pemuda PAS mempertahankan tindakannya membantah konsert dan arak selepas teguran aktivis sosial Syed Azmi AlHabshi semalam supaya parti itu menumpukan perhatian terhadap kes rogol dan masalah pornografi di kalangan masyarakat Kelantan.

Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadli Shaari berkata apa yang dilakukan sayap itu hanyalah untuk menghalang punca masalah sosial seperti disebut Syed Azmi.

“Kita lebih tertumpu kepada punca jenayah itu berlaku. Antara puncanya adalah orang yang tidak menutup aurat, ketidakpatuhan kepada syariah, ketidakfahaman kepada hukum agama itu sendiri, kita lebih menumpukan kepada punca sedangkan yang diutarakan Syed Azmi lebih kepada menangani kesan.

“Ia satu perkara bagus tapi kita bergerak mengikut kapasiti masing-masing, kami berusaha atas satu sudut, maka beliau berusahalah di atas sudut yang lain,” katanya kepada FMT.

Semalam, dalam mengulas kejadian seorang remaja 17 tahun dirogol 6 lelaki berusia antara 20-32 tahun di Pasir Mas awal bulan ini, Syed Azmi berkata Pemuda PAS perlu menilai semula keutamaan mereka.

“Pemuda PAS perlu fokus kepada isu ini (rogol) atau pornografi, lebih daripada menggesa pengharaman alkohol, konsert, rumah untuk perempuan yang mengandung di luar nikah, dan isu-isu lain,” katanya di Facebook, sambil berkata amat menyedihkan melihat “Serambi Mekah tercabar dengan insiden sebegitu”.

Ahmad Fadli dalam jawapan balas berkata pihaknya mengalu-alukan Syed Azmi untuk sama-sama berbincang menangani gejala sosial, sambil menyindir penglibatan aktivis itu menganjurkan program kontroversi yang cuba mengikiskan fobia terhadap anjing di kalangan umat Islam Malaysia, 3 tahun lalu.

“Ia jauh lebih memanfaat daripada melaksanakan program yang tidak bermanfaat seperti ‘I Want To Touch A Dog’ dan sebagainya. Pada saya, ia lansung tidak ada impak kepada isu sosial dan pencegahan masalah sosial,” katanya dalam dana sindiran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-