Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Wednesday, June 21, 2017

PAS parti 'flip flop' - PAN

By watan
Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan PAS akan mengubah pendirian berhubung kerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu berkata, sikap tidak berpegang kepada pendirian atau ‘flip-flop’ sudah sinonim dengan PAS.

“PAS boleh buat keputusan hari ini, kemudian esok berubah, jadi saya tak pelik dengan `flip flop’ yang menjadi amalan pemimpin PAS hari ini,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, pada Selasa.

Salahuddin mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata, Gagasan Sejahtera masih terbuka untuk bekerjasama dengan PKR dan PPBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, PKR dan PPBM perlu memutuskan hubungan Amanah dan DAP.

Wartawan Watan-Online