Thursday, June 22, 2017

Pengajaran untuk Dr Mahathir - dan Najib - di sebalik penubuhan RCI skandal BNM

FMT Reporters
June 22, 2017

Kedua-dua pemimpin perlu mengambil iktibar daripada pengumuman penubuhan siasatan diraja itu.
PETALING JAYA: Keputusan Kabinet menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia lebih 20 tahun lalu yang berlaku di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya memberikan pengajaran kepada Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak awal dalam isu 1MDB, kata seorang wakil rakyat PKR.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, penubuhan RCI itu adalah kerana Dr Mahathir sendiri tidak menubuhkan suruhanjaya sama ketika skandal matawang melibatkan bank pusat itu hangat pada awal 1980-an dan 1990an.

“Pengajaran untuk Dr Mahathir: dia sepatutnya menubuhkan RCI apabila skandal itu dibongkar pada awal 1980-an,” kata Wong Chen.

“Pengajaran untuk Najib: lebih baik tubuh RCI mengenai 1MDB sekarang daripada ditubuhkan orang lain pada masa depan,” katanya di Facebook.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata hasil laporan pasukan penyiasat khas mengenai skandal era Dr Mahathir, terdapat kes prima facie bagi kerugian BNM akibat dagangan mata wang asing pada sekitar 1980-an dan 1990-an.

“Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merangkaikan isu ini yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-