Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Sunday, June 25, 2017

Ribuan hadir bukti sokongan kepada Najib - Zahid

Kehadiran ribuan tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat ke Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana sejak awal pagi menunjukkan sokongan kuat rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kehadiran tetamu ke kediaman rasmi perdana menteri pada tahun ini juga meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Ini menunjukkan sambutan baik… Kali ini juga banyak rakyat Malaysia yang bukan dari Putrajaya sahaja, tetapi dari Negeri Sembilan, Perak dan Johor.

"Ini juga memperlihatkan yang mereka ingin bertemu dengan Perdana Menteri… Bila mereka salam dengan perdana menteri macam ada kelegaan pada mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berkenaan di Putrajaya.

Majlis berkenaan yang bermula pada 9 pagi dijadualkan berakhir 4 petang ini.

- Bernama