Tuesday, June 6, 2017

SELEPAS INI KUCING NAJIB RAZAK PULA PEMBANGKANG TUDUH DAPAT DANA 1MDB

Posted by Editor
6 June 2017
1. Sarawak Report (SR) mendakwa RM9.5 juta dimasukkan ke dalam akaun TS Shafee Abdullah dari akaun peribadi DS Najib Tun Razak dan wang ini datangnya dari 1MDB. Dr Wan Azizah pula mendakwa, RM9.5 juta ini adalah wang dari SRC.

2. SR mendakwa kononnya pembayaran kepada TS Shafee dari akaun DS Najib Tun Razak ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11/11/2013 dan 17/02/2014.

3. Pertama, SR dan Dr Wan Azizah perlu memutuskan terlebih dahulu, sebenarnya wang RM9.5 juta ini adalah wang 1MDB atau wang SRC. Kedua-dua mereka nampaknya tidak pasti wang ini datang dari sumber mana dan disebabkan itu mereka membuat kenyataan yang bercanggah.

4. Jika wang tersebut dari 1MDB, apakah buktinya? Bukankah Wall Street Journal (WSJ) dan SR pernah melaporkan DS Najib Tun Razak telah memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB. Adakah wang tersebut masih wujud?

5. Jika wang tersebut dari SRC, bukankah Rafizi Ramli telah membuktikan bahawa RM40 juta yang kononnya dari SRC ini tidak pernah sama sekali masuk ke dalam akaun DS Najib Tun Razak, sebaliknya diberikan dalam bentuk cek kepada Mail Global Resources?

6. Kedua, benarkah akaun DS Najib Tun Razak masih wujud ketika TS Shafee dikatakan menerima RM9.5 juta? WSJ dan SR pernah melaporkan selepas DS Najib Tun Razak memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB dan akaun beliau ini telah ditutup pada 30/08/2013. Rujuk di sini.

7. Persoalannya, bagaimanakah suatu akaun yang wang didalamnya telah dipulangkan dan telah ditutup pada 30/08/2013, boleh membuat pembayaran kepada TS Shafee pada September 2013 dan Februari 2014? Ajaib bukan?

8. Hakikatnya SR dan Pakatan Pembangkang telah membuat terlalu banyak pembohongan sehinggakan mereka lupa apa yang pernah mereka bohongkan sebelum ini.

9. Hakikatnya juga, Anwar Ibrahim didapati bersalah atas kesalahan jenayah meliwat, bukan kerana wang dari akaun sesiapa pun, sebaliknya kerana Anwar Ibrahim telah gagal memanggil 12 saksi yang boleh membuktikan dia tidak bersalah dan gagal meyakinkan Mahkamah Rayuan pada 2014 dan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2015 bahawa dia tidak bersalah.

10. Hari ini pula, pembangkang membuat tuduhan yang sangat hina apabila menuduh Ibu DS Najib Tun Razak juga turut menerima wang 1MDB. Setakat ini NGO, Ahli Parlimen, Sultan Pahang, Ibunda DS Najib tun Razak telah dituduh menerima wang 1MDB. Jangan terkejut, akan datang, kucing DS Najib Tun Razak bernama Kiky juga akan dituduh bersalah menerima dan menggunakan wang 1MDB. Sabar je la.

Oleh : CUCU TOK SELAMPIT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-