Sunday, June 4, 2017

Seorang lelaki ditahan akibat kenyataan jelik di Facebook

Bernama 
June 4, 2017

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berumur 34 tahun itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Mata Ayer, Perlis.

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki semalam dipercayai memuat naik kenyataan jelik terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berumur 34 tahun itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Mata Ayer, Perlis hasil tindakan polis kontinjen Perlis.

“Terdahulu, polis Johor menerima 1 laporan berkenaan 1 kenyataan jelik yang dimuat naik dalam Facebook terhadap PDRM pada 1.30 tengah hari semalam.

“Sehubungan itu, 1 kertas siasatan dibuka bagi menjalankan siasatan lanjut serta mengesan individu terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Najmuddin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pengguna media sosial yang membuat sebarang komen atau mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati, menjelikkan, mengugut atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Sehubungan itu, semua pengguna media sosial dinasihati lebih berhemah semasa menggunakan media sosial, katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-