Saturday, July 8, 2017

Jaga mulut, jangan sampai aib didedahkan - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Bagan Datuk di Wisma Umno disini hari ini.-UTUSAN ONLINE/SYEFRY MONIZ

Rokiah Abdullah

BAGAN DATUK 8 Julai - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menjaga mulut atau segala aib dan kepincangan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri akan didedahkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai manusia biasa, Mahathir sudah tentu ada kelemahan dan kesilapan namun semua itu ditutup demi menghormatinya.


Namun, tegas beliau, tindakan Mahathir mengkritik UMNO dan kerajaan sudah melampaui batas sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hilang sabar.


“Zaman beliau (Mahathir) sudah berlalu, duduk diamlah-diamlah. Duduklah berzikir. Beliau buka aib pemimpin sekarang, jangan lupa kita juga pernah tutup aib beliau. Jangan sampai kita pula buka aib dan pekung beliau. Macam-macam kita boleh buka,”katanya.


Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk di Wisma UMNO Bagan Datuk, Hutan Melintang hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jaga-mulut-jangan-sampai-aib-didedahkan-tpm-1.500388#ixzz4mD3nE6OT
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-