Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, July 22, 2017

Kes FIC: Pegawai pengurusan kanan dua syarikat direman 6 hari

Dua pegawai pengurusan kanan syarikat berasingan direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembelian sebuah hotel empat bintang di Kingston, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki itu direman selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua lelaki berumur 36 dan 45 tahun yang merupakan ketua unit harta sebuah syarikat perkhidmatan pos dan pengarah sebuah syarikat perundingan aset disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel berkenaan.

Mereka ditahan di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 1 tengah hari semalam selepas hadir memberi keterangan mengenai pembelian hartanah itu di antara 2013 dan 2015.

Terdahulu, kedua-dua lelaki terbabit yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di perkarangan mahkmah pada 9.40 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

- Bernama