Thursday, July 20, 2017

Peringatan kepada guru sekolah............

Bapa murid ditekap pengasah pensel mahu guru dipecat
Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikatakan cedera di pipi kerana dihukum guru akibat bermain di bilik darjah, mahukan guru berkenaan dipecat daripada tugasnya.

Sekiranya gagal berbuat demikian, beliau bersama mereka yang bimbang dengan insiden itu akan melakukan protes di hadapan sekolah rendah berkenaan di Port Dickson, kata Said Sudu, 32 kepada Malaysiakini.

Wak berpengalaman lebih kurang 26 tahun mengajar di sekolah rendah. Hampir separuh masa itu mengajar di SRJK(T) mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Baki separuh masa lagi Wak habiskan di Sekolah Kebangsaan (Sekolah Melayu).

Disini Wak bukannya mahu memberi nasihat atau pun tunjukajar kepada guru2 sekolah rendah. Wak cuma ingin memberi sedikit 'hint' tentang pengalaman Wak mengajar di sekolah rendah. 

Untuk keselamatan guru, jangan sekali-kali menyentuh murid anda walau pun dalam keadaan apa juga. Kedua jaga mulut, jangan sesekali memarahi atau menegur murid dengan kata2 kesat dan yang akhir sekali biarkan saja murid itu melakukan apa saja yang mereka suka.

Kalau mereka tidak mahu belajar, kita pujuk dulu, kalau tak berhasil juga biarkan saja. Kalau murid itu nakal dan enggan buat kerja rumah (home-work) panggil ibubapa/penjaga datang kesekolah berbincang dengan guru besar.

Tugas penting guru ialah mengajar dan mendidik murid dengan cara lemah lembut.....kalau tak berhasil, apa nak buat, sudah takdirnya begitu. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-