Monday, August 21, 2017

Akaun bank Boon Poh dibeku

 Send by Email
Georgetown – Empat akaun bank milik exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dibekukan berhubung siasatan terhadap operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akaun peribadi Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri ini berjumlah kira-kira RM2 juta dibekukan.

“Kita masih siasat,” katanya pada Ahad, sambil menambah bahawa pegawai SPRM masih merekodkan keterangan dari[ada pihak berkaitan.

Dilaporkan SPRM menjalankan beberapa serbuan di dua kediaman Boon Poh di Butterworth, pejabatnya di Komtar dan pusat khidmat beliau di Sungai Puyu.

Kesemua mereka dibebaskan pada 14 Ogos lepas selepas perintah reman terhadap mereka ditolak Mahkamah Tinggi.

SPRM akan memfailkan rayuan terhadap pembatalan reman tersebut. – mStar

Read more http://www.kualalumpurpost.net/akaun-bank-boon-poh-dibeku/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-