Wednesday, August 9, 2017

'Hadiah' kerana nak kahwin lain

Mungkin kejadian ini akan membuatkan para lelaki di luar lebih berhati-hati bila mahu meminta izin untuk berpoligami.

Hasrat seorang lelaki yang menyuarakan keinginan untuk berkahwin lain bertukar tragis apabila dia ditetak isterinya menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai, Khamis lalu.

Memetik laporan beberapa akhbar tempatan, isteri mangsa yang berusia 56 tahun naik angin selepas lelaki itu menyatakan hasrat untuk berpoligami lalu bertindak menetak suaminya itu yang berusia 55 tahun kira-kira jam 1 petang.

Menurut Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj, mangsa ketika itu sedang berbaring sebelum isterinya bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak suaminya.

“Terkejut dengan tindakan isteri, mangsa terus melarikan diri keluar rumah,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian memberi pengesahan berhubung sekeping gambar yang tular di laman Facebook memaparkan seorang lelaki cedera ditetak di bahagian kepala.

Akibat ditetak, mangsa cedera dan menerima lebih 15 jahitan di bahagian kepala dan dahi, kata Zulkarnain.

"Bagaimanapun, tiada laporan polis yang dibuat dan kedua-dua mereka sudah kembali berbaik," ujarnya.

- mD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-