Sunday, August 20, 2017

'Hidup Tan Sri!' iringi pembebasan Isa

Koh Jun Lin
Bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tempoh remannya selama lima hari tamat hari ini

Isa yang pernah menjadi naib presiden Umno serta menteri besar Negeri Sembilan itu ditahan SPRM pada 15 Ogos lalu.

Sebelum itu Isa tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 10 minit sebelum jam 10 pagi tadi.

Isa, 67, ditahan agensi penguat kuasa antirasuah itu bagi membantu siasatan kes pembelian dua hotel oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corporation (FIC).

Setiap satu hotel yang dibeli itu berada di London dan Kuching.

Ketibaan Isa di pekarangan mahkamah disambut dengan sorakan kira-kira 80 penyokong beliau yang melaungkan "Hidup Tan Sri!" berkali-kali.

Isteri Isa Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid turut kelihatan bersama kumpulan penyokong terbabit.

Isa pula yang berbaju oren kelihatan tidak bergari dan nampak tenang serta sempat melebarkan senyuman kepada penyokong beliau.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin bernilai RM500,000 membabitkan RM150,000 dan seorang penjamin, serta RM350,000 jaminan mulut.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-