Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Thursday, August 10, 2017

Jambatan Batu 5 di Teluk Intan ditutup Sabtu ini

ZAINOL Fadzi Paharudin (tengah) meninjau kerosakan bahagian 'walk bearing' Jambatan Batu 5 di Teluk Intan baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

IPOH - Jambatan Sultan Yusof atau lebih dikenali Jambatan Batu 5 di Teluk Intan akan ditutup 24 jam bermula pukul 5 pagi pada Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, penutupan itu untuk kerja-kerja menggantikan 'walk bearing' jambatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Sehubungan itu, pengguna laluan ini dicadangkan supaya menggunakan jalan alternatif pada Sabtu ini.

"JKR akan memasang papan tanda tunjuk arah melibatkan laluan dari Lekir dan Hutan Melintang," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini Jambatan Batu 5 disahkan selamat untuk digunakan walaupun siasatan awal mendapati lantai jambatan itu menurun disebabkan 'pot bearing' dan 'expansion joint' yang mengalami kerosakan.