Saturday, August 12, 2017

Jambatan ditutup, laluan Hutan Melintang-Teluk Intan sesak teruk

Ain Safre Bidin
KESESAKAN lalu lintas menuju ke bandar Teluk Intan ekoran Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan ditutup hari ini - UTUSAN ONLINE/AIN SAFRE BIDIN

TELUK INTAN
11 Ogos - Laluan dari Hutan Melintang ke Teluk Intan mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk ekoran penutupan Jambatan Sultan Yusof di sini mulai pukul 5 petang tadi.

Tinjauan mendapati kesesakan lalu lintas bermula dari Simpang Empat di Hutan Melintang hingga ke bandar Teluk Intan melibatkan pengguna yang menuju ke Manjung dan Lumut.

Ia menyebabkan pengguna terpaksa menggunakan laluan yang jauh lebih 30 kilometer berbanding jarak biasa untuk meneruskan perjalanan ke Manjung.

Untuk ke Manjung, pengguna khususnya dari arah Hutan Melintang terpaksa melalui Kampung Gajah, Seberang Perak dan masuk ke Jalan Teluk Intan-Kayan menuju ke Lumut.

Akibat lama terperangkap dalam kesesakan, ada kenderaan yang mengalami kerosakkan dan berlaku kemalangan kecil.

Kesesakan semakin teruk ekoran jumlah kenderaan berat yang semakin bertambah.

Sementara itu, seorang pengguna laluan berkenaan, Jamah Yatin, 55, dari Klang, Selangor yang mahu menghadiri majlis kenduri di Manjung tidak menyangka kesesakan yang teruk di laluan tersebut.

"Kami sekeluarga tiba di Hutan Melintang dari Klang pada pukul 4 petang tadi dan kesesakan sudah berlaku di situ lagi.

"Kami tidak tahu jambatan untuk ke Manjung ditutup," katanya.

Jambatan Sultan Yusof ditutup sementara untuk kerja-kerja menggantikan 'walk bearing' ekoran lantai jambatan yang dikesan menurun akibat 'pot bearing' dan 'expansion joint' yang mengalami kerosakan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-