Saturday, August 12, 2017

Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan ditutup sehingga 28 Ogos

KERJA membaiki Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan dimulakan hari ini. - UTUSAN ONLINE/AIN SAFRE BIDIN

IPOH 12 Ogos - Jambatan Sultan Yusof di Teluk Intan akan ditutup kepada lalu lintas sehingga 28 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, terdapat kerosakan di jambatan itu yang perlu diselenggarakan segera dan mengambil masa untuk dibaiki.

Beliau berkata, mesyuarat yang diadakan telah memutuskan untuk membuat kerja-kerja pembaikan bagi pier 10 dan pier 11 di jambatan tersebut.

Berikutan itu JKR memutuskan untuk melanjutkan tarikh penutupan kepada semua lalu lintas sehingga pukul 5 pagi pada 28 Ogos ini.

"Semua pengguna jalan raya diminta bersabar kerana penutupan ini demi keselamatan mereka,"katanya.

Katanya, semua pengguna diminta mematuhi notis penutupan dan mengikut papan tanda arahan yg disediakan oleh JKR.

Jambatan Sultan Yusof atau Jambatan Batu 5 ditutup mulai petang semalam yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan Hutan Melintang-Teluk Intan.

Sementara itu, tinjauan mendapati keadaan trafik hari ini lancar disebabkan pengguna sudah mendapat maklumat mengenai penutupan jambatan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-