Wednesday, August 23, 2017

Kerajaan tiada kuasa kawal harga minyak

By watan 
August 23, 2017
Foto oleh Muhd Zul Hafiz Bahrin@watanonline

Perdana Menteri berkata rakyat negara ini tidak seharusnya mempersalahkan kerajaan atas faktor naik turun harga minyak petrol dan diesel.

Datuk Seri Najib Razak berkata, selaku pemimpin utama negara beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga minyak dunia dunia kerana Malaysia hanya sebuah negara kecil yang mengeluarkan minyak.

“Kalau harga minyak naik, saya tidak ada kuasa. Harga minyak turun pun saya tidak ada kuasa. Sebab itulah kita mesti beritahu maklumat itu kepada rakyat.

“Saya hairan tak pernah berlaku di dalam mana-mana negara harga minyak dunia naik, harga minyak tempatan naik sebab harga minyak dunia naik (minyak) tempatan naik, pemimpin negara kena kutuk tetapi di Malaysia dipersalahkan,” katanya ketika berucap merasmikan Himpunan JKKK/JKKKP dan JKKKP Orang Asli serta Anugerah Desa Perdana 2017 di Dewan Tun Razak, Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man juga hadir pada majlis yang sama.

Malaysia kini mengamalkan dasar harga mingguan terhadap bahan api seperti RON95, RON97 dan diesel yang akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) setiap Rabu.

Justeru kata Najib, mustahil Malaysia dapat mengawal harga minyak dunia yang dikuasai negara-negara besar kerana hasil pengeluaran minyak negara yang kecil berbanding negara-negara lain.

“Arab Saudi 60 juta tong setahun pun tidak boleh kawal harga minyak dunia. Takkan kita dengan 600,000 tong minyak boleh menentukan harga pasaran. Tidak masuk akal,” katanya lagi.

Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-