Sunday, August 6, 2017

Menang di Shah Alam, menanglah di Selangor kata Najib

Alyaa Azhar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyampaikan amanat kepada anggota-anggota Umno di Selangor dalam misi menawan kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Berucap ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Shah Alam hari ini, Najib berkata perubahan lansksap politik di negeri itu harus bermula dari ibu negerinya di Shah Alam.

"Kalaulah Shah Alam ini merupakan ibu negeri Selangor maka kalau kita nak melakukan perubahan kepada lanskap politik negeri Selangor ini, kalau kita nak BN kembali berkuasa menerajui Selangor ini, perubahan tersebut mestilah lahir berputik dan seterusnya berkembang menjadi gelombang kita yang bermula di parlimen Shah alam ini.

"Ungkapan menang di Shah Alam menanglah di Selangor, tuan puan setuju?," soalnya disambut 'ya' oleh perwakilan-perwakilan Umno.

Bagaimanapun, Najib berkata bagi menjamin kemenangan, penyokong parti itu perlu mengakui bahawa BN merupakan pembangkang di Selangor dan mereka harus keluar daripada zon selesa.

"Kena letak dalam minda bahawa kedudukan kita, bak kata (Datuk Seri) Noh (Omar), dalam kepala kita, kita ini parti pembangkang.

"Sebagai parti pembangkang kita tak seharusnya dalam zon selesa. Mungkin keselesaan kita itu agak kadang-kadang kita perlihatkan kerana kerajaan pusat diterajui Umno BN," katanya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-