Sunday, August 6, 2017

Pemutihan PATI dipergiat setiap hari di ibu negara

MUSTAFAR ALI (dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang warga asing yang ditahan semasa operasi bersepadu bersama DBKL sambil diperhatikan Mhd Amin Nordin Abd. Aziz (kanan) di Jalan Silang, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/GAIE UCHEL

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pemutihan warga asing secara skala besar akan digerakkan Jabatan Imigresen bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menangani jumlahnya yang ketara di ibu negara terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penglibatan mereka dalam pelbagai sektor pekerjaan secara haram mahupun salah guna pas lawatan merupakan antara punca lambakan mereka yang tertumpu sekitar pusat perniagaan hingga membentuk koloni baharu asing di satu-satu kawasan.

“Aktiviti pelacuran warga asing juga akan digempur di mana ia sebenarnya telah melacurkan imej negara akibat pembawaan budaya tidak bermoral daripada negara asal mereka. Justeru gerakan bagi menghancur dan putuskan rangkaian sindiket ini akan dipergiat segera.

“Malah operasi pemeriksaan seperti hari ini akan berterusan iaitu kekerapan setiap hari khususnya membersihkan lokasi jadi tarikan pelancong lebih-lebih menjelang temasya Sukan SEA ke-29 nanti,” tegasnya dalam operasi penguatkuasaan warga asing sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin di sini semalam.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz yang berjaya menahan 180 PATI daripada jumlah pemeriksaan sebanyak 530 orang termasuk menyita dan mengeluarkan kompaun atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi syarat lesen. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/video-pemutihan-pati-dipergiat-setiap-hari-di-ibu-negara-1.511618#ixzz4owUAPIXi
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-