Monday, August 21, 2017

Penduduk Memali bukan pengganas, Nazri sokong tubuh RCI

By Mohd Haizal Yatiran
- 21 Ogos 2017

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Nazri Aziz berucap pada Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman Antara TW Connections Global Sdn Bhd (Tours Wealth) dan Associates di Matic, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 21 OGOS 2017.

KUALA LUMPUR- Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menyokong penuh cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan peristiwa berdarah Memali di Kedah.
Menurutunya, tindakan yang diambil oleh kerajaan dibawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu tidak bertepatan dengan keadaan serta tindakan penduduk kampung yang tidak mempunyai senjata api.

“Saya menyokong penuh supaya diadakan RCI ini kerana sehingga hari ini ia (Memali) tidak mempunyai kepastian dan sebenarnya ia melibatkan satu peristiwa (berdarah).

“Ketika ia berlaku dahulu, saya juga terasa sebagai orang muda ketika itu, tindakan pihak keselamatan adalah tidak seimbang dengan apa yang berlaku di Memali itu.

“Ia kerana semua mereka terdiri daripada orang kampung yang tiada senjata moden. Mereka bukan merupakan pengganas, jadi sepatutnya tindakan terhadap mereka itu sepatutnya menggunakan pendekatan seperti (meleraikan) demonstrasi,” katanya.

Tambah Nazri, semua pihak terpaksa akur dengan tindakan tersebut kerana Tun Mahathir merupakan pemimpin tertinggi dalam kerajaan ketika peristiwa berdarah pada tahun 1985 itu berlaku.

“Tapi apabila tindakan itu dibuat sihingga menyebabkan kematian, ia keterlaluan. Tapi perdana menteri ketika itu Tun Mahathir yang mengatakan perkara itu terpaksa dilakukan, kita pun terimalah,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan penubuhan RCI bagi menyiasat peristiwa yang sama.

Insiden tersebut mengorbankan 18 orang penduduk kampung Memali, Baling Kedah pada tahun 1985.

Susulan kenyataan tersebut, Pas turut menubuhkan jawatankuasa khas bagi membela nasib mangsa Memali dan mahu membawa waris mangsa bertemu Ahmad Zahid. 

MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-