Sunday, August 13, 2017

Polis tahan 11 orang Asli di Perak

Seramai 11 penduduk Orang Asli dari Pos Piah berhampiran Gerik, Perak ditahan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

Tangkapan itu disahkan seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik dan mereka disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurut Anggota Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, sekumpulan pegawai polis dan pegawai Jabatan Perhutanan, datang ke Pos Piah hari ini bersama pihak pembalak untuk membuat tangkapan.

Jeyakumar dalam satu kenyataan malam ini berkata Orang Asli berkenaan hanya mahu mengadakan sesi dialog dengan Pejabat Hutan mengenai pembalakan di kawasan mereka dan saiz serta lokasi yang telah diluluskan

"Mereka mahu tahu impak projek "pembangunan" ini terhadap kualiti air sungai mereka yang merupakan satu-satunya sumber air mereka dan sumber ikan. Mereka khuatir ekonomi yang bergantung kepada binatang dan tumbuhan hutan akan dimusnahkan," katanya.

Jeyakumar berkata penduduk berkenaan juga telah menulis surat kepada Jabatan Perhutanan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) pada 30 Jun dan 24 Julai lalu.

Sebelum ini, Orang Asli di kawasan berkenaan mengancam untuk membuat sekatan bagi menghalang pembalakan sekiranya kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan tidak mengadakan pertemuan dengan mereka untuk membincangkan perkara itu.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/391745#CyVTQPrHVlJOdB5B.99

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-