Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, August 12, 2017

'Saya bukan dari China', kata pengacaran majlis pelancara ECRL

Yap Jia Hee
Dua orang pengacara di majlis pelancaran Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) menafikan dakwaan bahawa mereka adalah warganegara China dan acara itu tidak mencerminkan identiti Malaysia.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini, pengacara tersebut, Juin Teh menegaskan bahawa dia dan seorang lagi pengacara, adalah rakyat Malaysia.

"Mereka yang menghadiri majlis pelancaran itu akan menghargai bahawa ia adalah acara Malaysia, penuh dengan ciri-ciri ke-Malaysiaan.

"Semasa menyambut perdana menteri sewaktu beliau masuk ke dewan, terdapat majlis sambutan tradisional Melayu bunga mangga dan paluan kompang," katanya.

Tambahnya, ia diikuti dengan lagu kebangsaan Negaraku dan lagu rasmi negeri Pahang manakala persembahan pembukaan dilakukan oleh pasukan Muhibah Drum.

"Terdapat juga bacaan doa dan sekurang-kurangnya dua bendera Malaysia kelihatan di pentas," kata Teh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan ECRL di Kuantan pada hari Rabu.

Sebelum ini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilaporkan membidas majlis pecah tanah projek ECRL itu yang didakwanya menghilangkan identiti negara.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali dilaporkan berkata, kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin dan berkata pengacara majlis berbahasa Mandarin kemungkinan dibawa dari China.

Keunikan Malaysia

Teh menjelaskan bahawa pengara lelaki di majlis itu, sebenarnya orang Melayu tempatan.

"Pengacara lelaki Melayu itu akan bertutur dalam Bahasa Malaysia terlebih dahulu dan menyediakan terjemahan Bahasa Inggeris kemudiannya. Tugas saya adalah untuk menterjemahkan semuanya kepada Mandarin.

"Kami mempunyai dua pengacara tetapi PERKASA tidak menyebutnya dan sebaliknya hanya mendakwa pengacara bercakap dalam bahasa Mandarin dan didatangkan dari China.

"Sebenarnya, saya rasa 70 peratus daripada semua aktiviti dalam bahasa Melayu dan Inggeris manakala penggunaan bahasa Cina adalah terhad. Bagaimanapun, PERKASA hanya menyebut beberapa fakta dan tidak memberi gambaran situasi keseluruhannya," katanya.

Teh berkata pengkritik harus melihat majlis itu secara positif dan menghargai bagaimana keunikan Malaysia menjadikannya tarikan kepada pelabur asing.

"Malaysia mempunyai banyak orang berbakat, kita mempunyai kelebihan bahasa yang merupakan salah satu sebab mengapa pelaburan asing bersedia untuk datang ke Malaysia," kata Teh.

ECRL akan dibina oleh sebuah syarikat milik kerajaan China dan dibiayai oleh pinjaman bernilai RM55 bilion dari sebuah bank milik kerajaan China.

[Baca berita penuh]

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/391697#SFqmF9BFt6TZYdbe.99