Monday, September 25, 2017

BN alu-alukan Khalid Ibrahim bersama BN

BN Selangor kini cuba memancing bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk bersama mereka berdepan kerajaan pimpinan parti lamanya PKR.

“BN Selangor mengalu-alukan sekiranya Tan Sri Khalid sudi bersama BN,” kata Pengerusi BN negeri Tan Sri Noh Omar.

“Penyertaan beliau boleh menyokong usaha menunjukkan kepada rakyat mengenai tatacara dan perancangan yang pernah dilaksanakan tiga bekas menteri besar semasa membangunkan Selangor.”

Noh juga berkata, keempat-empat mereka boleh membantu menjejaskan bagaimana dasar-dasar mereka dahulu menjadi landasan kepada kemajuan Selangor sekarang.

BN sebelum ini berkata ketiga-tiga bekas menteri besar Selangor akan berganding bahu untuk menawan semula Selangor yang dipimpin oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

Kenyataan itu dibuat setelah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib kembali ke pangkuan BN setelah melompat kepada PAS dan PKR.

Beliau dikatakan akan berganding bahu dengan Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo.

Khalid kini menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas setelah kepimpinannya ditolak PKR.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Khalid berkaitan pelawaan itu

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396265#rmkys7XcEx5bsTlA.99

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-