Wednesday, September 20, 2017

Mohon maaf atau saman, amaran Siti Kasim pada PAS

Peguam dan aktivis Siti Kasim memberi tempoh 48 jam kepada PAS dan Harakahdaily untuk memohon maaf kerana didakwa memfitnahnya, jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

"Ini saman saya terhadap PAS dan lidah rasminya kerana fitnah yang disebarkan kepada orang ramai berhubung posting korban saya. Jangan benarkan sesiapa membuli anda," katanya di Facebook hari ini.

Siti melampirkan surat peguam bertarikh 18 September 2017 yang ditujukan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan editor laman rasmi parti itu.

Surat itu menuntut Harakahdaily menyiarkan permohonan maaf di muka depan laman dan di tempat yang ketara di Facebooknya selama tujuh hari.

Surat itu juga meminta permohonan maaf diletakkan di atas artikel yang menjadi pertikaian, sebelum dibuang daripada laman itu - termasuk versi arkibnya - selepas 24 jam.

Selain itu, ia juga menuntut PAS dan Harakahdaily tidak lagi mengeluarkan kata-kata berbentuk tohmahan kepada Siti serta membayar ganti rugi yang dirasakan wajar, kerana telah merosakkan reputasinya.

"Kami mempunyai arahan khusus untuk memulakan prosiding perundangan terhadap anda atas tindakan anda seperti yang dinyatakan, jika gagal memenuhi tuntutan ini."

Surat itu tidak dimuat naik secara penuh, justeru tidak dapat dipastikan artikel yang menjadi pertikaian.

Namun Siti pada 8 September lalu mengkritik sebuah artikel di laman itu yang memetik Ketua Muslimat PAS Kedah Datuk Siti Aishah Ghazali.

Dalam artikel yang disiarkan 7 September itu, Aishah antara lain mendakwa Siti menghina Nabi Ibrahim dan mengeluarkan kenyataan yang "mengheret kesesatan kepada orang lain".

Ia sebagai respon kepada posting Siti di Facebook sebelum itu, yang antara lain berkata Quran tidak menyatakan Tuhan memerintah Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, serta tidak menuntut orang Islam mengorbankan nyawa makhluk lain.

Beberapa laporan polis dibuat ke atasnya ekoran kenyataan tersebut, antaranya oleh Pemuda PAS Kelantan serta Muslimat dan Pemuda PAS Kedah.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/395713#uTy4zkAPbfI7hX3X.99

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-