Sunday, September 24, 2017

PRU14 selepas 'gula-gula' Bajet, kata laporan

Najib Razak dikatakan akan mengambil kesempatan beberapa faktor yang meningkatkan sentimen rakyat termasuklah Bajet 2018, lawatan Presiden China Xi Jinping dan pertumbuhan positif ekonomi. Gambar fail The Malaysian Insight, 24 September, 2017.

PILIHAN raya umum dijangka diadakan pada Mac atau April 2018 kerana Perdana Menteri Najib Razak mahu memberikan “gula-gula” pilihan raya ketika Bajet 2018.

Penganalisis dipetik South China Morning Post berkata dasar mensasarkan penduduk Melayu luar bandar, penjawat awam dan belia yang dirangkumkan dalam bajet hanya akan berkuatkuasa tahun depan.

Ini termasuklah bonus kepada penjawat awam, bank undi utama Barisan Nasional (BN) yang akan diedarkan pada Januari.

Perdana menteri juga boleh menggunakan pertumbuhan ekonomi yang positif, dengan pertumbuhan ekonomi terpantas kadarnya sejak dua tahun lalu pada suku kedua tahun ini yang berkemungkinan besar dicerminkan melalui KDNK suku keempat nanti.

Wujud juga spekulasi lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping yang dikatakan berlaku pada November, selepas kongres Parti Komunis China Oktober depan.

Ini mungkin membuka peluang pelaburan bernilai jutaan ringgit dari China yang boleh membantu Najib meraih lebih banyak undi pada pilihan raya umum yang dianggap terpenting dalam sejarah ini.

Beberapa faktor juga meningkatkan kemungkinan pilihan raya hanya akan berlaku pada Mac atau April tahun depan termasuklah musim hujan yang berlaku ketika ini menyebabkan kempen dan pengundian tidak dapat dijalankan kerana banjir.

Peperiksaan SPM dan STPM juga menjadikan sekolah tidak dapat menjadi pusat pengundian.

Najib juga dijangka menggunakan sentimen baik masyarakat Cina selepas perayaan Tahun Baru Cina pada Febuari depan.

Penganalisis juga berpendapat yang perdana menteri mahu mengadakan pilihan raya sebelum pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim boleh mendapatkan pembebasan awal yang dijangka berlaku pada April.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas dakwaan liwat kali kedua boleh membantu pembangkang dengan karisma dan kepaduan ceramahnya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-