Monday, October 23, 2017

Air mata Wan Azizah berlinangan lagi

Geraldine Tong

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini digambarkan sebagai seorang ahli politik yang terjun ke arena politik kerana situasi dan bukan pilihan sendiri.

Dalam menceritakan semula pengalaman itu hari ini, isteri kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak dapat menahan emosi dan linangan air mata.

"Saya ingat pada 1999, itu kali pertama saya memasuki sebagai calon dalam pilihan raya. Saya kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan, saya seorang isteri politician.Saya bukan politician.

"Namun apa yang terjadi, tragedi yang berlaku pada keluarga kami, memungkinkan setiap kami mempunyai potensi untuk kita sama-sama dalam perjuangan ini, "katanya dalam ucaptama pada forum bertajuk 'Pertarungan tiga penjuru: kemenangan untuk Pakatan Harapan' di Kuala Lumpur hari ini .

Meneruskan cerita dengan suara penuh emosi dan linangan air mata, Wan Azizah menambah beliau merasakan perlu untuk bersama dengan sesiapa sahaja yang berjuang dengannya.

Katanya walaupun ada antara mereka berbeza pendapat, tetapi mereka berkongsi matlamat bersama untuk menginginkan Malaysia yang lebih baik.

"Inilah yang membuatkan saya terus bersama-sama dalam perjuangan ini walaupun tidak banyak mendapat kepuasan, tidak banyak yang terlihat masih lagi belum tercapai namun kita teruskan kerana kalau apa segala macam kita buat.." katanya yang menghentikan ucapan kerana tidak dapat menahan sebak.

Seseorang kemudian dilihat menghulurkan tisu kepada Wan Azizah untuk mengesat air matanya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-