Monday, October 23, 2017

Pejabat TPM nafi laporan Malaysiakini

Norliza Abd. Rahman
23 Oktober 2017 
AHMAD ZAHID HAMIDI

PUTRAJAYA 23 Okt. - Pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan secara tegas laporan portal berita propembangkang yang memanupulasikan jawapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meminta bantuan Interpol bagi menjejak ahli perniagaan Jho Low.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri, jawapan yang diberikan oleh Ahmad Zahid ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara jelas menyatakan bahawa tiada kes untuk disabitkan.

Jawapan itu diberikan oleh Ahmad Zahid dalam persidangan Parlimen hari ini

Jelas kenyataan itu lagi, hubungan baik telah terjalin antara PDRM dan Interpol dalam menyiasat kes tersebut.

“Sehingga hari ini, PDRM telah menutup fail kes berkenaan dan tiada lagi permintaan oleh Interpol terhadap kes itu.

“Bagaimanapun, media berkenaan seolah-olah menimbulkan isu pencarian semula terhadap Jho Low, dan itu sama sekali tidak benar,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Portal propembangkang Malaysiakini dalam laporannya hari ini menyiarkan berita bertajuk `PDRM mohon bantuan Interpol kesan Jho Low’. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-