Monday, November 20, 2017

'Pas, Umno bukan keli dan sembilang'

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 NOVEMBER 2017
Hashim sedang menyampaikan ucapannya dalam program Keadilan Untuk Memali, malam tadi.

BALING - Pas menyifatkan Pas dan Umno bukannya 'keli dan sembilang' yang tidak boleh disatukan dalam mendaulatkan sebuah kerajaan Islam.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, Pas membuka tangan dan berlapang dada untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam mendaulatkan Islam kerana perkara itu sememangnya dituntut.

"Semua manusia boleh bekerjasama, tuhan yang kata. Jangan duk kata hang sembilang aku keli. Dalam Surah Al Imran Ayat 103 ALLAH berfirman: Berpegang teguhlah dengan tali ALLAH jangan kamu berpecah belah.

"Ada tempat yang boleh menyatu padukan kita itulah tali ALLAH," katanya dalam ceramah Keadilan Untuk Memali, di sini malam tadi.

Beliau berkata, kerajaan sedia ada hari ini hanya mementingkan diri sendiri, bukannya rakyat.

"Kerajaan hari ini kerajaan jibayah bukan kerajaan hidayah. Jibayah ini kita duit masuk sahaja bukan kerajaan yang memberikan petunjuk.

"Sedangkan Islam datang dengan dasar-dasarnya demi kepentingan untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk kepada rakyat di bawah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-