Friday, November 17, 2017

PM lawat Anwar di HKL

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat Datuk Seri Anwar ibrahim di Hospital Kuala Lumpur, hari ini. - GAMBAR twitter/NajibRazak

17 November 2017 7:19 PM

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Anwar kini menerima rawatan di HKL selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahu kanan, beberapa hari lalu.

Dalam entri terbaharu di akaun media sosialnya, Perdana Menteri mendoakan supaya Anwar cepat sembuh.

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Beliau baru selesai menjalani pembedahan beberapa hari yang lalu. Semoga beliau cepat pulih,” kata Perdana Menteri. 

- UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-lawat-anwar-di-hkl-1.554720#ixzz4yglHJYzJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-