Sunday, November 19, 2017

UMNO parti jaga kebajikan rakyat

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO (BiKUM), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (tiga dari kanan) ketika hadir pada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Kampung Tanjung Medang Hilir di Pekan, Pahang hari ini.-UTUSAN

PEKAN 19 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti yang konsisten dan kekal utuh dengan perjuangannya menjaga kebajikan rakyat.

Presiden UMNO itu berkata, semangat perjuangan parti berkenaan adalah berbeza dengan situasi pembangkang yang dilihat berada dalam keadaan kucar-kacir.


“Biar pembangkang ‘kucar lana’ , kita tetap utuh dan setiasa berbudi kepada rakyat.


“UMNO adalah parti yang suka membantu rakyat dan sentiasa berada di sisi rakyat sama ada ketika senang atau susah,” katanya ketika berucap merasmikan Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di Kampung Tanjung Medang Hilir di sini, hari ini.


Yang turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO (BiKUM), Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff; ADUN Chini, Datuk Abu Bakar Harun; ADUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali dan ADUN Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud.


Najib yang juga Perdana Menteri berkata, UMNO adalah parti terkuat dalam negara ini yang berakar umbi sejak lebih 70 tahun lalu dan menabur banyak jasa dalam lipatan sejarah. 


Bagi melangsungkan kekuasan itu, kata beliau, UMNO perlu dilihat sebagai relevan pada setiap zaman. 


“Alhamdulillah, usaha kita membuahkan hasil memberangsangkan. 


“Kadar pertumbuhan Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 6.2 peratus pada suku ketiga tahun ini iaitu antara tertinggi di dunia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-