Selamat Iduli Fitri

Selamat Iduli Fitri

Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Thursday, December 14, 2017

Ketum berpotensi sebagai penahan sakit dan rawatan dadah - USM

Ketum berpotensi sebagai penahan sakit dan rawatan dadah - USM
Ketum dilihat mempunyai potensi untuk penghasilan ubat baharu sebagai penahan sakit dan rawatan penagihan dadah, menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor.

Beliau berkata ketum berpotensi bagi menggantikan methadone yang digunakan dalam mengubati masalah ketagihan dadah terutamanya selepas penagih itu berhenti mengambil dadah.

Bagaimanapun, katanya kajian berhubung potensi itu masih dijalankan dan tiada lagi kajian klinikal yang berjaya membuktikan perkara itu.

"Kajian masih dijalankan, belum selesai lagi. Tapi kita ada potensi, kena buat kajian lagi. Kita belum buat kajian klinikal terhadap manusia dan hanya dilakukan pada haiwan.

"Kita memerlukan data-data dalam haiwan itu untuk dapat kelulusan terhadap etika manusia. Sekarang tidak boleh lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum pelantikan profesor bertajuk 'Ketum: Sejarah Penggunaan dan Penemuan Terkini’ di George Town hari ini.

Sharif Mahsufi telah menjalankan kajian mengenai potensi ketum itu sejak 2007 sehingga kini dan dibiayai oleh geran program Universiti Penyelidikan (RM860,000), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)/Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) (RM700,000) dan program Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICOE) (RM5.4 juta).

Beliau berkata walaupun ketum atau nama saintifiknya 'Mitragyna speciosa' digunakan sekian lama sejak tahun 1845, namun tiada data saintifik yang membuktikan ia adalah selamat.

Namun, katanya kajian yang berterusan dan penemuan data-data baharu pada masa depan boleh membuktikan potensi ketum sebagai ubat penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

Dalam pada itu, Sharif Mahsufi berkata pihaknya bercadang untuk bekerjasama dengan Risda bagi mengenalpasti baka pokok ketum terbaik untuk menjalankan penyelidikan seterusnya.

"Kita tidak ada baka pokok ketum yang terbaik. Kami sedang mencari ‘musang king’ ketum. The best pokok ketum untuk kita buat kajian.

“Pihak Risda ada mengamalkan amalan pertanian baik (GAP). Jadi, mungkin mereka boleh kenal pasti baka ketum yang terbaik," katanya.

- Bernama