Saturday, January 20, 2018

Bukti Harapan semakin diterima rakyat

NORJULIANA YAACOB
20 JANUARI 2018

Masyarakat sekitar dan luar daripada Pendang yang hadir ke Majlis Ceramah Perdana Pakatan Harapan Parlimen Pendang di Kampung Bukit Jambul.

PENDANG -   Kehadiran lebih 5,000 penduduk sekitar daerah Pendang di ceramah perdana Pakatan Harapan Parlimen Pendang malam tadi membuktikan masyarakat sekitar daerah ini sudah berani membuat perubahan menjelang PRU 14 nanti.

Ketua Bersatu Pendang, Razak khamis berkata, masyarakat Pendang sudahpun bijak membuat pilihan dalam menentukan siapa yang layak dipilih untuk menjadi pemimpin mereka.

"Bukti sudah didepan mata, kita sendiri agak terkejut dengan kedatangan malam ini dan bersyukur atas sambutan ini," katanya.

Katanya, BN bukan lagi parti keramat yang mahu melindungi hak melayu seperti dulu jadi rakyat sudahpun sedar.

Razak berkata, dalam memperjuangkan hak, rakyat perlu berani membuat perubahan dan tunjukkan kuasa mereka pada PRU 14 nanti.

"Tangan kita lah yang akan menurunkan BN supaya Pakatan Harapan boleh membela nasib rakyat.

"Insya-ALLAH, kita akan pastikan kesemua rakyat menikmati kesenangan sekiranya kita memerintah selepas PRU nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-