Selamat Iduli Fitri

Selamat Iduli Fitri

Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, January 13, 2018

Denyut rakyat mahu jatuhkan Umno

Oleh Wartawan BO
13/01/2018

KUALA TERENGGANU – Denyut nadi rakyat hari ini, mahu menjatuhkan Umno, memandangkan pelbagai keburukan, kezaliman dan ‘mesra kapitalis’ yang sangat menindas, yang dilakukan parti pemerintah itu.

Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata, alternatifnya kepada rakyat ialah, mengundi PAS pada pilihan raya umum akan datang.

“Hanya PAS harapan rakyat…..hanya parti PAS, alternatif (bagi) mereka (rakyat) bukanlah Pakatan Harapan, (kerana) Pakatan Harapan (PH), ni parti berebut tulang,” katanya sinis.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Markas Besar Pemuda DUN Batu Buruk pada Rabu 10 Januari, di sini.

Mantan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu itu juga menjelaskan, PAS mempunyai rekod ‘track record’ yang bersih walaupun berbagai fitnah telah dilemparkan.

Katanya, mereka bukanlah parti hendak membela rakyat, tetapi sekadar sekadar retorik dan omongan kosong.
“Sebab itu kita boleh dengar hari ni Mahathir beritahu dalam ucapannya seolah-olah tol akan dikekalkan, tol molek doh,”

“Walaupun dalam pilihan raya yang nak mari ni banyak cakap-cakap (PH) yang mengatakan kita kelompok yang terasing,” katanya.

Bahkan tambah beliau, mereka membuat banyak ‘onar’ dengan kajian meragukan yang menyatakan, PAS tidak akan menang sebarang kerusi dalam Pilihan Raya ke-14 (PRU14) nanti.

Menurutnya, ia adalah cubaan untuk melemahkan semangat juang PAS dan ‘tohmahan’ yang memberi ‘signal’ salah kepada pengundi.

“Ini satu cara bohong untuk mereka menipu rakyat, sebab itu kita jangan termakan benda ini “, kata beliau mengingatkan hadirin.

Justeru itu, kata beliau, pendekatan yang terbaik serta bijaksana dengan menggunakan Bahasa ‘rakyat’ perlu diamalkan oleh semua petugas, ahli dan penyokong PAS.

“Kita ingin mengulangi sejarah 1999………bukan hanya menang 15 kerusi, bahkan 16, 17, 18,19 kerusi……..InsyaAllah,

“(PAS) akan menang lebih kerusi, tidak kurang sekali-kali,” ujar beliau dengan penuh yakin.