Tuesday, January 16, 2018

Integriti calon-calon PRU-14 BN sedang ditapis

Azman Ibrahim

Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucaptama di Institut Integriti Malaysia, hari ini. - UTUSAN ONLINE/AMIR KHALID

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Barisan Nasional (BN) sedang melakukan tapisan integriti terhadap setiap calon yang akan bertanding di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tapisan itu akan dilakukan bersama-sama tapisan kesihatan calon.

Malah, katanya, hal ini menunjukkan betapa penting dan seriusnya BN dalam membuat pemilihan calon-calonnya.

“Integriti menjadi soal utama dalam pemilihan calon. Tentunya perkara sedemikian menjadi perhatian terhadap pengundi-pengundi yang mahu melihat personaliti seseorang calon,“ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Diskusi Intelektual dan Melancarkan Buku Nilai Integriti Pelbagai Agama dan Modul Integriti Pra Sekolah di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tan Sri Othman Mustapha dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff.

-UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/integriti-calon-calon-pru-14-bn-sedang-ditapis-1.591417#ixzz54MW3rUU1
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-