Thursday, January 18, 2018

Sasar 40 kerusi isyarat awal Pas pilih Najib

Wartawan Sinar Harian
18 Januari 2018

Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, tidak menolak kaitan Pas menyasarkan 40 kerusi untuk dimenangi pada PRU14 adalah sebahagian isyarat mengekalkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

Menurutnya, dari sudut pertarungan pilihan raya, seolah-olah wujud perlawanan, namun, sekiranya sasaran di 40 kerusi itu menjadi milik Pas, tidak mustahil mereka akan ‘sedekah’ kerusi tersebut kepada Umno atau BN lebih-lebih lagi jika parti itu gagal bentuk kerajaan.

“Maknanya Pas lebih bersedia memilih kleptokrat untuk menjadi perdana menteri.

“Melalui hubungan baik Umno, Pas ketika ini, bukan sahaja Umno sedia serah Kelantan kepada Pas, dalam masa sama, nampaknya Pas juga menunjukkan kesediaan bantu Umno, bukan sahaja di Kelantan,” katanya.

Mahfuz mengulas dakwaan pakatan sulit Umno dan Pas untuk serah Kelantan kepada Pas di blog Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin.

Susulan itu, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohmad mahu kepastian Pas, menyokongnya atau Najib sebagai perdana menteri.

Mahfuz berkata, teori mengaitkan dakwaan itu lebih berasas apabila Pas tidak mungkin lagi berminat bersama Harapan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-