Wednesday, January 24, 2018

Umat Islam dijemput meriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ke-15


SHAH ALAM 24 Jan. - Masyarakat Islam khususnya yang tinggal di Lembah Klang dijemput memeriahkan Majlis Sambutan Terulung Maulidur Rasul Ke-15 yang dijadualkan berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini Sabtu ini.

Majlis yang turut meraikan sambutan ulang tahun tokoh ulama dan sarjana terkemuka Islam, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani itu dianjurkan secara bersama beberapa pertubuhan Islam dan agensi Kerajaan Persekutuan antaranya Al-Wariseen Trust, Yayasan Restu, Yayasan Al-Jenderami, Yayasan Dakwah dan Islam Malaysia (YADIM), Pusat pengajian Ba’alawi serta Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu bermula pada pukul 5 petang hingga 9 malam.

Pengerusi Al-Wariseen Trust selaku penganjur utama Majlis Sambutan Terulang Maulidur Rasul Ke-15, Sheikh Afeefuddin Al-Jailani berkata, program tersebut merupakan inisiatif pihaknya yang bukan sahaja mengajak seluruh umat Islam mengingati serta melahirkan kecintaan terhadap Nabi Muhamad SAW, tetapi turut menyatukan perpaduan dan hati di antara mereka di bawah kalimah tauhid.

“Pada masa sama, kita turut menampilkan tokoh-tokoh ulama terkemuka dalam program ceramah sempena majlis sambutan berkenaan antaranya Al-Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid dari Malaysia; Sheikh Al-Habib Hassan Al-Attas (Singapura); Habib Umar Al-Jailani (Arab Saudi) dan Sheikh Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy dari Amerika Syarikat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada masa sama, Sheikh Afeefuddin turut memaklumkan majlis itu turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh Sheikh Redwan bersama Kumpulan Rohul Madinah dari Afrika Selatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-