Sunday, February 25, 2018

PKR: Rumah percuma hanya janji kosong, tak realistik BN Selangor

Mohamad Fadli
Gambar Facebook

PETALING JAYA:  PKR menyifatkan janji Barisan Nasional (BN) untuk memberi rumah percuma kepada pasangan muda baru berkahwin, jika menang di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak realistik.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin turut menyifatkan janji yang disampaikan Datuk Seri Jamal Yunos itu sebagai janji kosong.

“Janji dia orang semua tidak ditepati. Jamal tidak ada kredibiliti, tidak ada ‘track record’ yang amanah, jujur dan kita tidak boleh pakai janji orang macam ini.

“Janji kosong BN ini yang digunakan 60 tahun dulu, sebab itu BN kalah pada 2008 sehingga kini,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Jamal yang mendakwa pengerusi BN Selangor berjanji akan memberi rumah percuma kepada pasangan muda baru berkahwin, jika parti itu berjaya menawan negeri itu pada PRU14.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau sudah membincangkan perkara itu dengan Tan Sri Noh Omar yang mengetuai BN Selangor.

“Yang belum ada rumah, yang mempunyai pendapatan RM2,500 ke bawah, kita bagi percuma.

“Janji pastikan balik mengundi BN, pastikan BN menang dan merampas Selangor daripada kerajaan yang tiada harapan masa depan ini,” katanya berucap di depan kira-kira 300 hadirin pada Majlis Ramah Mesra bersama pengundi luar Parlimen Sungai Besar di restoran miliknya, lewat malam Jumaat.

Zuraida yang juga ketua Wanita PKR dan setiausaha Pakatan Harapan (PH) Selangor, berkata rakyat lebih mempercayai kemampuan PH mentadbir Selangor.

“Kerajaan Selangor yang ada masa ini, kita cakap kita buat.

“Sebab itu saya cakap Jamal tidak rasional dan cakap tak boleh pakai, sebab tidak ambil kira statistik tentang kajian, analisa keadaan semasa ekonomi dan kedudukan kewangan semua,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-