Monday, February 19, 2018

PRU-14: Tiada cabaran baharu untuk BN.....Insyallah BN menang besar

 Posted By Admin


KUALA LUMPUR: Isu peningkatan kos sara hidup dan kemiskinan bandar dilihat bukan cabaran besar untuk Barisan Nasional (BN) menjelaskannya pada kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekalipun ia mungkin menjadi senjata pembangkang dalam kempen mereka.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan, berkata beliau tidak melihat cabaran baharu yang perlu dihadapi BN pada pilihan raya kali ini berbanding sebelumnya.

Katanya, pengundi luar bandar lebih tertarik kepada isu asas walaupun ramai yang berpendapat ia tidak mencerminkan proses matang dalam demokrasi berbanding pengundi bandar yang lebih cenderung ke arah isu tadbir urus, ketelusan, integriti dalam kepimpinan dan kerajaan.

“Sesetengah ahli ekonomi berhujah mengenai kenaikan kos sara hidup dengan mengaitkannya dengan harga minyak dan kos yang tinggi untuk membeli rumah.

“Namun jika dilihat, semua isu itu sudah pun lama. Walaupun penting, ia adalah isu ekonomi yang biasa dihadapi sejak dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jelasnya, walaupun dikatakan kos hidup semakin meningkat oleh segelintir ahli ekonomi, belum terdengar kes rakyat Malaysia yang menderita kelaparan atau jatuh sakit akibat tidak makan.

“Harga bahan api adalah tinggi untuk sebuah negara pengeluar minyak seperti Malaysia, tetapi kesesakan lalu lintas tidak berkurang malah pengangkutan awam juga masih bukan pilihan ramai untuk mengurangkan kos pengangkutan.

“Kereta tanpa penumpang masih banyak dilihat di jalan raya malah bilangannya tidak berkurang sehingga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar-bandar utama,” katanya.

Mengikut Jayum, ada juga ahli ekonomi mengatakan ekonomi negara tidak berkembang baik, tetapi rakyat masih melihat pembinaan bangunan komersial dan hartanah kediaman yang semakin meningkat di mana-mana dengan kos jualan juga semakin meningkat.

“Kita lihat pula pekerja warga asing, mereka masih berduyun-duyun datang ke Malaysia dan rakyat kita pula masih ramai yang bercuti di luar negara sekalipun ringgit dikatakan lemah.

“Jadi secara tidak langsung, semua keadaan yang berlaku ini menunjukkan bahawa ekonomi negara masih bersemangat dan ini bertentangan dengan analisis beberapa ahli ekonomi.

“Sebab itu saya kata, isu kos sara hidup ini bukan perkara baru menjadi mainan pembangkang kerana BN sudah terbukti menjadikan ekonomi Malaysia mapan.

Pelbagai program melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50) sudah dirangka dengan baik untuk terus merangsang aktiviti ekonomi sekali gus memberi manfaat rakyat pelbagai kaum dan etnik di seluruh negara.

Sementara itu, Pakar Geostrategis, Azmi Hassan, pula berkata BN perlu memastikan strategi kempen atas dasar yang memberi penerangan mudah kepada rakyat sekali gus mengekalkan kedudukan selepas PRU-14.

“Tidak dapat dinafikan, isu kos sara hidup akan menjadi tema utama kempen pembangkang terutama Pakatan Harapan (PH), namun saya melihat impaknya dapat diminimumkan jika BN bijak menjelaskannya bersandarkan data KDNK dan subsidi bersasar.

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.9 peratus pada 2017, lebih tinggi berbanding 4.2 peratus pada 2016.

Justeru, katanya, jika kempen dapat dibahaskan atas dasar BN menentang dasar PH dan bukannya kempen menyasarkan individu Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau yakin rakyat akan menilai dan membuat keputusan berasaskan masa jangka panjang dan bukan emosi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-